Assalamualaikumwarahmatullah^_^
Ya Allah ,
sudah hampir setahun takde update or share anything di laman blog. Hurm, takde
la busy mane pun.hehehe..such a lazy girl :P
Let’s
proceed or let by gone be by gone dan kata-kata arab yang berbunyi "ما مضى قد مضى
"yg bermaksud yang lepas,
biarkan ia lepas.Harap-harap diri ini akan lebih rajin untuk update blog ini.
AMIIIN..;)
Ramadhan tiba, ramadhan tiba
,,marhaban ya Ramadhan
…
Bersyukurlah ke hadrat
Allah, kita masih lagi berpeluang ditemukan dengan Ramadhan tahun ini.Alhamdulillah,
syukur
Syukurlah kita masih ditemukan untuk bertemu di bulan Ramadhan yang mulia ini .^_^
Seperti yang kita sedia maklum,bulan ini adalah satu bulan yang mewajibkan umat Islam
berpuasa sebulan penuh hanya golongan tertentu sahaja yang diberikan keizinan
untuk tidak berpuasa.
Bagi yang tiada sebarang
keuzuran, wajib, wajib, wajib, berpuasa.Faham ?!
Antara hikmah kita berpuasa
yang kita tidak perasaan sebab yang kita tahu, kita fikirkan, kita ambil berat
ialah tidak makan tidak minum dari terbit matahari sehingga tenggelam
matahari.Then, start la tidur je atau mengeluh sebab penat and so on, so on…
Aduhh…ruginya orang yang
tak ambil tahu, cakna atau up to date dengan hikmah yang Allah jadikan dari
bulan Ramadhan ini. RUGI!!!!
Ramadhan Bulan
Diturunkannya Al-Qur'an
Ramadhan merupakan syahrul Quran (bulan Al-Quran). Diturunkannya Al-
Quran pada bulan
Ramadhan menjadi bukti nyata atas kemuliaan dan
keutamaan bulan Ramadhan. Allah
Swt berfirman yang ertinya : "Bulan
Ramadhan adalah (bulan) yang
didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai
petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan petunjuk tersebut dan
pembeda (antara yang benar dan yang
batil)." (QS. Al-Baqarah: 185).
Di ayat lain Allah Swt berfirman yang ertinya : "Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar” (QS.
Al-Qadar: 1). Dan banyak
ayat lainnya yang menerangkan bahwa Al-Quran
diturunkan pada bulan
Ramadhan. Itu sebabnya bulan
Ramadhan dikenali dengan nama syahrul
quran (bulan Al-Quran).
Pada setiap bulan Ramadhan pula Rasulullah SAW selalu bertadarus
(berinteraksi) dengan Al-Quran dengan Jibril as, sebagaimana
disebutkan
dalam riwayat Ibnu Abbas r.a (HR. Bukhari). Maka, pada bulan
Ramadhan ini
kita digalakkan untuk memperbanyak amalan ibadah antara lain
dengan
berinteraksi dengan Al-Quran, dengan cara membacanya, memahami dan
mentadabburi maknanya, menghafal dan mempelajarinya, serta
mengamalkannya.
Malam Lailatul Qodar
Kemuliaan bulan ramadhan salah satunya adalah dengan hadirnya malam penuh
kemuliaan dan
keberkatan di salah satu malam pada malam-malam terakhir dan
ganjil di bulan
ramadhan iaitu malam lailatul qodar. Pada bulan ramadhan
terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu
bulan iaitu lailatul qadar
(malam kemuliaan). Pada malam inilah iaitu 10 hari terakhir di bulan Ramadhan
adalah saat diturunkannya Al Qur’anul Karim.
Allah Ta’ala berfirman yang ertinya :"Sesungguhnya Kami telah
Allah Ta’ala berfirman yang ertinya :"Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar
(malam kemuliaan). Dan tahukah
kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan
itu lebih baik dari seribu
bulan." (QS. Al Qadr: 1-3).
Dan inilah yang masuk dalam bagian keutamaan 10 hari terakhir ramadhan dan
Dan inilah yang masuk dalam bagian keutamaan 10 hari terakhir ramadhan dan
lailatul qodar. Lailatul Qadar adalah malam yang agung. Malam penuh
kemuliaan. Ibadah di dalamnya lebih baik daripada ibadah selama seribu bulan.
Siapa yang mendapatkan kemuliaannya sungguh ia manusia beruntung dan
dirahmati.
Sebaliknya, siapa yang luput dari kebaikan di dalamnya, sungguh ia
termasuk
manusia kerugian.
Banyak lagi sebenarnya
hikmah yg Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya daripada bulan Ramadhan,
tapi saya rasa setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan.
Terima kasih kerana sudi
membaca perkongsian ini dan semoga bermanfaat.
Sama-sama kita mengambil
pengajaran ;D

