Friday, 20 June 2014

Fakta-fakta menarik ~Bab 2~

Assalamualaikum sahabat ^_^
Apa khabar ??
Alhamdulillah ,,masih lagi dipinjamkan olehNya nafas untuk terus menghirup udara segar..
Alhamdulillah..Kita hari ini akan meneruskan perkongsian fakta-fakta yang baru dan berguna .
Pasti ! In shaa Allah ;)

Fakta-fakta menarik ~Bab 2~

#Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada seorang manusia.



#Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit.



#Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel 188,bunyi itu boleh dikesan sejauh lebih 8oo kilometer.





#Disebabkan pengaruh putaran bumi, sekiranya kita melempar ke arah barat ,lemparan kita akan lebih jauh berbanding daripada lemparan ke arah timur.


Wahh !!
Subhanallah ..
Hebatnya kuasa Allah …

Pelbagai info yang boleh kita perolehi hari ini :D
Semoga ada manfaat di sebalik perkongsian ini dariNya..teruskan untuk fakta-fakta menarik bab 3 yang akan datang ya ??!!


Wassalam ….

Sunday, 15 June 2014

Fakta-fakta menarik ~ Bab 1 ~

Assalamualaikum sahabat ^_^
Apa khabar ?? Sihat ??
Alhamdulillah ..semoga anda semua berada dalam pelukan kasih sayang Allah ….
Dalam ruangan pos kali ini, ada sesuatu fakta baru yang menarik untuk saya kongsikan dengan pembaca sekalian….
Semoga ada pengetahuan yang dapat kita perolehi setelah kita baca….
Jom baca !!

FAKTA-FAKTA MENARIK ~BAB 1~

*Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru.



*Kaki jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki.



*Kita sebenarnya melihat dengan otak. Mata hanya berupa kamera yang mengirim data ke otak. ¼ bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.


*Walaupun hanya nyamuk betina yang menggigit , namun nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen ,iaitu hormon yang dihasilkan oleh perempuan.



Sekian untuk pos kali ini, fakta-fakta menarik bab 2 akan menyusul akan datang..Sabar ya kawan-kawan..Nantikan….;)

Assalamualaikum ……^_^

Monday, 9 June 2014

10 sebab yang merosakkan otak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ^_^

Apa khabar semua ??

Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu lagi di ruangan yang baru :D
Akal yang sihat datangnya dari tubuh yang sihat ..Benar kan ??

Justeru , 10 sebab yang ingin saya kongsikan seperti berikut mampu membawa kepada kerosakan otak.
Mahu mengetahui lebih lanjut, ikuti bacaan di bawah ;)

10  sebab yang merosakkan OTAK

1.Tidak mengambil sarapan pagi.
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi ,paras gula dalam darah akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2.Terlebih makan.

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.



3.Penghisap rokok.

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.



4.Pencemaran udara.

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.
Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

5.Pengambilan gula yang berlebihan.

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu proses penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.









6.Terlebih tidur.

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7.Menutup muka semasa tidur.

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8.Membiarkan otak bekerja semasa kita kurang sihat.

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurankan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9.Kurang berimaginasi.

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita.Kurang berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keatifan otak menurun.

10.Jarang berfikir.

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak.

Berdasarkan perkonsian , dapat kita simpulkan bahawa otak manusia yang dijadikan Allah boleh menjadi rosak apabila kita meminimumkan waktu untuk berfikir dan dari segi pemakanan pula, haruslah tidak berlebihan iaitu dengan mengambil sekadar yang perlu dan tidak terlampau kurang.
Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat memuhasabah diri supaya menjaga otak kita dari menjadi rosak kerana ‘mencegah lebih baik dari merawat ‘.

Moga Allah merahmati kita di mana sahaja kita berada ^_^