Monday, 9 June 2014

10 sebab yang merosakkan otak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ^_^

Apa khabar semua ??

Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu lagi di ruangan yang baru :D
Akal yang sihat datangnya dari tubuh yang sihat ..Benar kan ??

Justeru , 10 sebab yang ingin saya kongsikan seperti berikut mampu membawa kepada kerosakan otak.
Mahu mengetahui lebih lanjut, ikuti bacaan di bawah ;)

10  sebab yang merosakkan OTAK

1.Tidak mengambil sarapan pagi.
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi ,paras gula dalam darah akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2.Terlebih makan.

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.



3.Penghisap rokok.

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.



4.Pencemaran udara.

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.
Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

5.Pengambilan gula yang berlebihan.

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu proses penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.









6.Terlebih tidur.

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7.Menutup muka semasa tidur.

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8.Membiarkan otak bekerja semasa kita kurang sihat.

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurankan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9.Kurang berimaginasi.

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita.Kurang berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keatifan otak menurun.

10.Jarang berfikir.

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak.

Berdasarkan perkonsian , dapat kita simpulkan bahawa otak manusia yang dijadikan Allah boleh menjadi rosak apabila kita meminimumkan waktu untuk berfikir dan dari segi pemakanan pula, haruslah tidak berlebihan iaitu dengan mengambil sekadar yang perlu dan tidak terlampau kurang.
Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat memuhasabah diri supaya menjaga otak kita dari menjadi rosak kerana ‘mencegah lebih baik dari merawat ‘.

Moga Allah merahmati kita di mana sahaja kita berada ^_^

No comments:

Post a Comment