Sunday, 25 May 2014

Khasiat kuasaNya pada masalah rambut

Assalamualaikum sahabat fillah ??
Apa khabar iman dan diri anda ?
Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua untuk mendapatkan suatu perkongsian baru ….^^

Petua Rambut Cantik Dengan Ciptaan Allah Subhanahu Wataala

itulah topik yang saya dedahkan pada pos kali ini, kerana semua orang pasti menginginkan rambut yang cantik dan sihat. Masalah rambut gugur,bercabang atau berkelemumur merupakan antara masalah rambut yang sinonim berlaku. Sejujurnya, terdapat pelbahai jenis masalah rambut yang menghantui diri kita .oleh itu,pelbagai produk penjagaan rambut kita masih tidak dapat diselesaikan.

Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan.Di samping murah ,mudah dan tidak mempunyai bahan kimia ,cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling meyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri. Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan sihat:

PETUA 1:: MENGELAKKAN RAMBUT GUGUR::


Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. In shaa Allah pasti membuahkan hasil.Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala .Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.

PETUA 2:: ELAK RAMBUT GUGUR-RAMBUT LEMBUT DAN HARUM::


Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas . Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi.
 Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

PETUA 3:: RAMBUT BERMINYAK::
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannnya dua kali seminngu .In shaa Allah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.


PETUA 4:: MASALAH RAMBUT KERING::
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari.Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalam 20 minit dan bersihkan.
Alhamdulillah,,
gembira rasanya dapat berkongsi petua-petua bersama kalian ..
Moga ada hasil yang positif ya !!
In Shaa Alllah...




No comments:

Post a Comment