Monday, 12 May 2014

Happy mother's day :)

Assalamualaikum....:)
Apa khabar sahabat ??
Sebenarnya bersempena hari ibu , dan hari-hari yang mendatang ,yang semestinya tiada hari yang tertakluk untuk menyambut hari ibu..ada sesuatu yang ingin saya kongsikan sebuah rangkaian motivasi  ^_^
Jom baca !!


Motivasi





Kasihnya Ibu…..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kita semua,setiap saat dan setiap ketika. Jika dikumpul semua kasih saying ibu-ibu di dunia ini dari  zaman Nabi Adam A’laihissalam hingga kiamat kelak , tidak akan dapat menyamai kasih saying Allah kepada hamba-hambaNya. Subhanallah.
Bayangkan kasih seseorang ibu, cubalah kita ukur kasihnya terhadap anak-anaknya.Bolehkah diukur ?


Cuba bayangkan pula tahap kasih dan sayang Allah pada hamba-hambaNya. Tiada mana-mana makhluk yang sempurna di dunia ini, begitu juga dengan seseorang ibu, pasti tidak sempurna kerana ibu adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan .Jika diperhatikan dan diamati dalam masyarakat kini, ada sifat-sifat seseorang ibu mungkin menyebabkan anak-anak tidak mendapat kegembiraan yang anak-anak inginkan ,seperti suka berleter, membezakan kasih sayang terhadap anak-anak, suka menjerit, suka membazir , suka menunjuk-nunjuk ,suka mengumpat menantu ,suka bersolek dan sebagainya.Namun begitu , selemah mana sifat seorang ibu , kita tidak boleh sama sekali mengecilkan hatinya apa-apa cara sekalipun.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati, hati seseorang ibulah yang paling mudah terluka apabila anank-anak sendiri menderhakainya. Anak yang telah disusuinya , anak yang telah membuatkan ibu tidak tidur malam berhari-hari dan anak yang dijaganya dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bahagi. 

Kita wajib menghormati ibu pada setiap waktu.
Setelah kita diberikan kefahaman ini, wajib kita mengingati dan menghargai pengorbanan ibu yang telah membesarkan kita dan adik-adik yang lain. Ingatkan kembali ketika ibu kita menyiapkan makanan untuk anak-anaknya walaupun dalam keletihan, malah ibu juga akan menguruskan kerja rumah yang lain.



Tidak ada jasa daripada anak-anak yang mampu membalas kasih sayang dan pengorbanan seseorang ibu, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya. Semoga Allah mengampuni kita atas segala keterlanjuran dan kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu. Sekiranya ibu kita masih ada, bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari. Daripada doa seorang ibulah ,kita sebagai anak-anak akan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah. In shaa Allah , Sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaiman dia sering mendoakan kita ketika di hayatnya. Allahu Allah ..

Buat para pembaca, sayangilah ibu/ummi/mama/ mummy/emak sementara mereka masih ada ..kerana
doa merekalah sumber kejayaan dan redha dari Allah untuk diri kita ..Tanpa mereka, tidak mungkin kita berjaya sehingga ke menara gading seperti hari ini..
Ibu !!Ayah, Kak Long ,Angah, Alang, Alia, Nana dan Aman sayang ibu <3 <3 <3 
Maafkan salah dan silap Alia dan adik beradik yang lain ya ibu :'(
Moga-moga ibu sentiasa bahagia di dunia dan akhirat ..Amiiin Ya Allah 





No comments:

Post a Comment