Dalam pos kali ini, saya ingin berkongsi sebuah kisah yang dapat dijadikan sebuah pedoman dalam diri untuk mengislah diri menjadi hamba Allah yang beriman . ..Selamat membaca :)
Termakbulkah doa kita ?
Kisah mengenai dua beradik yang tinggal di hulu kampung .
Kedua-duanya anak yatim lagi miskin . Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan
ibu bapa mereka . Ibu bapa mereka adalah hamba Allah Subhanahu Wataa’la yang
soleh . Kedua-dua anak dididik supaya bergantung harap dengan Allah Subhanahu
Wataa’la.
Si abang saban hari berdoa agar Allah Subhanahu Wataa’la
mengubah nasib hidupnya . Dia meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan
isteri yang cantik lagi kaya . Dia meminta kepada Allah Subhanahu Wataa’la agar
dirinya kaya raya .
Si adik pula , seorang yang buta huruf . Tidak seperti
abangnya , dia membaca doa pun dengan melihat kertas . Sebelum bapanya mati ,
dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas , dan kertas itu sering
dipegangnya setiap kali berdoa .
Akhirnya , Allah mempertemukan seorang perempuan yang
cantik lagi kaya dengan si abang . Perempuan itu jatuh cinta kepadanya , lantas
berkahwin . Si abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus
berubah . Dia keluar dari rumah pusaka ,dan meninggalkan adiknya .
Si abang hidup kaya raya , malah terus kaya apabila
memasuki dunia perniagaan . Dia sudah mula alpadengan Allah Subhanahu Wataa’la
, melewatkan solat ,jarang membaca Al-Quran ,tapi tidak pernah lalai meminta
kekayaan kepada Allah Subhanahu Wataa’la .Kalau masuk dalam bab perniagaan
,kekayaan dunia , maka berbondong-bomdong doanya kepada Allah . Allah beri apa
yang dia minta . Si abang rasa dia sangat istimewa .
Si adik pula , hidupnya tidak berubah .Dia masih seorang
sederhana , dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf , dia hanya mendapat
kerjaya sederhana ,terus menjaga rumah pusaka . Si adik juga rajin berdoa . Si
abang tahu , adik rajin berdoa .Tapi si abang melihat hidup adiknya tidak berubah-ubah
.
Lantas suatu hari , ketika si abang menziarahi adiknya ,
Si abang berkata dengan sombong :”Kau kena berdoa kuat lagi . Tengok aku
,berdoa sahaja Allah makbulkan . Kau ni tak cukup hamper dengan Allah ni .
Berdoa pun masih tengok-tengok kertas . Tak cukup hebat.”
Si adik hanya tersenyum . Abangnya berasa tegurannya itu
amat bermakna namun , Si adik terus hidup sederhana , di dalam rumah pusaka ,
dengan doa melihat kertas saban hari ,dan kehidupannya tetap tidak berubah
.Tidak menjadi kaya seperti abang .
Satu hari , Si adik meninggal dunia . Ketika Si abang
mengemas-ngemas rumah pusaka , dia terjumpa satu kertas . Kertas itu adalah
kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa . Si abang menangis
teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis :’Ya Allah ,Engkau makbulkanlah
segala doa abang aku .’
Abang mula sedar . Adiknya kekal taat kepada Allah
Subhanahu Wataa’la dan idak meringan-ringankan urusannya dengan Allah Subhanahu
Wataa’la .Adiknya ,sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah ,malah tidak
meminta apa-apa untuk dirinya . Tetapi adiknya meminta agar segala dia abang
dimakbulkan . Si abang , tidak pernah sedikit pun mendoakan adik . Abang mula
sedar bukan doanya yang makbul . Tetapi doa adiknya telah diterima Allah Subhanahu
Wataa’la , lantas segala doanya menjadi makbul .
Pengajaran daripada kisah ini adalah kita janganlah berasa takabbur
dan berpuas hati apabila doa kita sentiasa dimakbulkan sedangkan kita tidak
tahu , mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita , doa adik beradik kita
, doa sahabat-sahabat kita dan bukannya doa kita . Mungkin doa orang lain yang
lebih bersih hatinya ,lebih suci jiwanya yang makbul ,menyebabkan rahmat Allah
tumpah kepada diri kita . Jangan berasa doa kitalah yang makbul. Doa itu hanya
sebahagian daripada usaha .Semoga ia bermanfaatuntuk kita semua .



No comments:
Post a Comment