Friday, 2 May 2014

Keluasan neraka yang amat dahsyat

Assalamualaikum,,
apa khabar ya sahabat-sahabat sekalian?
Moga dalam maghfirah dan dilimpahi rahmatNya , amiin :)
Berdasarkan ayat al-Quran berikut.....

saya ingin berkongsi sebuah kisah untuk kita sama-sama renungi ,

Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam bersabda :”Ya Jibrail ,jelaskan kepadaku sifat Jahannam”.Jawabnya :”Ya . Ketika Allah menjadikan Jahannam ,maka dinyalakan selama seribu tahun ,sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih ,kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaiterbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah ,dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan.”

Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam bertanya:”Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kam?”Jawabnya :”Tidak, tetapi selalu terbuka ,setengahnya di bawah dari lainnya ,dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun ,tiap pintu lebih panas daripada yanglain 70 kali ganda.”
Tanya Rasulullullah Sallallahu A’laihi Wasallam ,”Siapakah penduduk untuk setiap pintu?” Jawab Jibrail :”Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang kafir setelah dihidangkan mukjizat Nabi Isa A’lahissalam serta keluarga Firaun, sedang namanya Al-‘Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim .Pintu ketiga tempat orang shobiin bernama Saqar . Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya daripada kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah . Pintu keenam tempat orang nasara bernama Saeir .

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam sehingga ditanya :”Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh ?” Jawabnya : “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada umatmu yang sampai mati sebelum sempat bertaubat.”
Maka Rasulullah Sallahu A’laihi Wasallam jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu , sehingga Jibrail meletakkan kepala Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, Baginda bersabda :”Ya Jibrail ,sunggu besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka ?” Jawabnya :”Ya , iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.”Kemudian Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam menangis , Jibrail juga menangis kemudian Baginda masuk ke dalam ruahnya, tidak keluar kecuali untuk sembahnyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan sesiapa dan kerap menangis semasa sembahyang dan selalu berdoa kepada Allah.
Dari Hadis Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu . Tahukahkamu bahawa neraka jahannamKu itu:

1.Mempunyai 7 tingkat

2.Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3.Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4.Setiap kampong mempunyai 70,000 rumah

5.Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6.Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7.Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8.Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9.Di dalam mulut setiap ular yng panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam dan pekat

10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua .

No comments:

Post a Comment