Monday, 19 May 2014

7 cara kempiskan perut ~

Assalamualaikum sahabat :D

Anda apa khabar ?
Perut anda sihat?
eh??
kenapa tiba-tiba tanya perut?
 Hehehee..sebab, pos kali ini, saya mahu berkongsi tentang petua ....

7 cara kempiskan perut ^_^




1.Minum banyak air masak


Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak ,keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.


2.makan perlahan-lahan


ketika makan ,kita tidak digalakkan makan secara cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus akan membentuk gas yang mengalakkan perut menjadi buncit. makanan yang tidak dikunyah sehingga hancur juga tidak dapat dicernA dengan sempurna ,seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3.kurangkan garam dalam makanan

terlalu banyak garam ketika proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan .akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4.makan makanan penuh serat

serat adalah elemen penting dalam piramid makanan. untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu.

5.kesan pengambilan ubat



ada kajian mengatakan pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit .sebagai contoh,ubat ‘aspirin’ yang terlalu kerap diambil akan menyebabkan timbul penyakit lain seperti sembelit.

6.hindari sembelit

sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu .kesan daripada penyakit ini,perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit .oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. lakukan senaman atau bersukan

bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan, selaij bagus untuk pembakaran dan memecahkan lemak .Bersukan akan membantu mengaktifkan cairan berlebihan dalam perut kemudian dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh.seterusnya mengekalkan bentuk badan seseorang, sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Jadi, apa tunggu lagi ??

Cuba praktikkan langkah-langkah di atas, Selamat Mencuba !!
~assalamualaikum ;) ~


No comments:

Post a Comment