mungkin ada yang sudah maklum akan perkara berkaitan
tanda-tanda kiamat semakin hampir
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa
disebarkan melalui iklan,buku,gambar,risalah, atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil
mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar disalahkan dan salah pula dibenarkan.
Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram
dianggap halal dan sebaliknya.
5.Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab
dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
6.Membayar zakat (harta,perniagaan dan pendapatan)
dianggap beban .
7.Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas
dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka
tidak mampu mencegahnya.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki
(homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
Semakin menjadi-jadi.
10.Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat
guna-guna ,sihir dan malan syaitan lain.
11.Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibu bapa
(ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12.Kawan baik dilayan kasar , manakala musuh dilayan
baik.Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang
mengajak berbuat kebaikan.
13.Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya
seperti zina, minum arak , bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan
,meninggalkan sembahyang ,mendedahkan aurat dan berjudi.
14.Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau berkuci
dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15.Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan
berpura-pura. Ketika sembahyang ,berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di
luar sembahyang melanggar perintah-Nya.
16.Akan datang golongan manusia dari barat menguasai
mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara
mereka berpakaian ,bergaul dan suka berpesta.
17.Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya
dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan diisinya.
19.Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan
agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.
20.Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan
melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud
meminta sedekah.
Sekian untuk pos kali ini ,,moga kita memperoleh
manfaat untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dari sebelum ini ..
Buat kesekian kalinya , percayalah, Hari kiamat
pasti akan berlaku,
Gambaran pancaindera kita tidak mampu menggambarkan
peristiwa tersebut .




No comments:
Post a Comment