Wednesday, 23 April 2014

Ramai yang ambil mudah

Assalamualaikum ,,
Dalam ruangan kali ini ,,suatu perkara ingin saya kongsikan berkaitan RAMAI YANG AMBIL MUDAH.

1.KEBERSIHAN
Tidak perlu bercerita tentang kejayaan , kecemerlangan dan segala bentuk kebanggan , andai perkara remeh ini masih menjadi situasi dalam komuniti masa kini . Sekadar mendengar hadis Rasulullah , 'Kebersihan separuh daripada iman' ...ibarat menitiskan air ke daun keladi ..
terbayang waktu perhimpunan sekolah , mesti tidak akan terlepas dari guru yang berucap mengeluh tentang masalah kebersihan asrama dan sekolah ....(minta maaf cikgu)

2.MEMBERI SALAM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh bermaksud sejahtera ke atas kamu dengan rahmat Allah dan keberkatan Nya 
..ada lagi yang panjang ? Ada ,, tapi saya kurang arif , maaf ...:)
Lagi panjang doa kita bacakan untuk sesama saudara kita , lagi bertambah pahala untuk diri kita .Begitu pemurahnya Allah pada hambaNya ..Jadi mengapa kita lokek untuk menghulurkan salam , malahan tiada berkurang wang ,atau menimbulkan kecacatan pada diri pun apabila memberi salam.

Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:


“Maka apabila kamu memasuki ke rumah-rumah (yang tidak berpenghuni), maka ucapkanlah salam kepada diri kamu sendiri (sebagai) penghormatan daripada sisi Allah yang dipenuhi keberkatan dan kebaikan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kalian, supaya kalian memahaminya.” [TMQ An-Nur (24) : 61]


3.SENYUM
comel kan bila senyum ??
Sabda Rasulullah iaitu berbunyi :SENYUMANMU KEPADA SAUDARAMU ADALAH SEDEKAH:
Mudah sahaja rupanya untuk bersedekah , tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak.
Sekadar melebarkan senyuman cukup untuk memberi sedekah kepada saudara Islam yang lain .Ma shaa Allah !

Bil senyuman dilemparkan oleh seseorang kepada saudaranya yang lain , secara tidak langsung ,akan mengeratkan hubungan persaudaraan sesama manusia .
Jom praktis senyum apabila bersama sahabat-sahabat .In shaa Allah , ukhuwah yang terbina akan long-lasting keranaNya, sambil senyum , berilah salam ye :D
Ada sebuah doa ingin saya kongsikan , Moga-moga kita semua dapat amalkan ....

DOA RABITHAH

Jangan segan untuk katakan padanya

Sekian sahaja pos kali ini ..
harap kita sama-sama dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dari sebelum ini .Mungkin sebelum ini kita ambil mudah tentang perkara sebegini , tetapi , manusia tidak selamanya melakukan kesilapan ...





No comments:

Post a Comment