Wednesday, 23 April 2014

Sempurna ? Andai syukur mengiringi ~

Assalamualaikum ..
untuk pos kali ini , ingin saya kongsikan bersama ..

Setiap dari kita mahu sesuatu menjadi dengan sempurna , tersusun dan terbaik .Sudah tentu , sesiapa pasti tidak menafikannya !
Antara sedar atau tidak , kita sebenarnya menafikan apa itu erti kesyukuran .

Erti syukur ?

Syukur pada Allah bukan sahaja pada perkataan ,malahan perbuatan juga menjelaskan tahap kesyukuran seseorang .

Benar , kita tiada hak untuk mengukur amalan seseorang , tetapi , ini sebagai suatu peringatan untuk diri dan sesama manusia .
Jom , jom !
Lakukan sesuatu untuk Islam , semangat yang ada jangan dibiar terpadam ,seperti firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud
SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARI ORANG-ORANG MUKMININ JIWA-JIWA MEREKA DAN HARTA-HARTA MEREKA…”
Jihad tidak tertakluk pada 'angkat senapang' sahaja , menuntut ilmu persis jihad , dan paling penting , jihad akbar iaitu jihad paling besar , jihad menentang hawa nafsu .
Sebagai mengakhiri pos kali ini ,ada suatu video ingin dikongsikan .....
Ada sesiapa yang pernah dengar nasyid ini ?


Moga-moga pembaca memperoleh manfaat ya !
Sempurna ? Sampai bila ?
Allah tidak memandang pada hasil , tetapi memandang pada usaha kita  , apakah bersungguh-sungguh atau 'sekadar melepaskan batok di tangga'?
You know yourself better
^_^



No comments:

Post a Comment