Saturday, 29 August 2015

waktu lampu rosak..

Assalamualaikum.
Kali ni aku ada satu cerita pasal gelap.Hehe..aku teringat video Matlutfi pasal lampu tandas rosak..same goes to me ,lebih kurang jugakla tapi yang aku nak share pasal benda tu aku dah tahu, tapi aku asyik buat salah yang sama banyak kali jugak.Huhu.

Analogi seperti berikut:
Waktu pagi aku pergi toilet, dalam hati dah tahu lampu bilik air tak nyala, tapi tetap tekan suis lampu.Sah-sahla tak nyala sbb lampu rosak.Hati aku berbunyi “hishh, dah tau rosak apesal pegi tekan” so, aku tutup balik.

Bila nak maghrib, mandi of coursela kan badan dah busuk walaupun terperap je kat rumah takde gi mane-mane. As usual,dalam hati dah tahu lampu bilik air tak nyala, tapi tetap tekan suis lampu.Aihh. ya Allah rosak la..
Dan situasi di atas kerap berulang, kadang-kadang sampai dua tiga hari(tengok jgak kalau ayah da betulkan, sehari je)..hehe..
As a result, aku yg berfikiran normal seperti manusia ciptaan Allah terfikir.Situasi mcm ni takda de beza dgn situasi manusia-manusia hari bagi aku.
Setiap hari disajikan dgn peringatan di kaca tv, radio, laman sesawang, dari program-program tazkirah, ceramah namun sering sahaja manusia  tewas dengan ujian-ujian dunia.Walau orang awam diperingatkan oleh para alim, agamawan atau ahli keluarga sendiri tetap tidak pernah lekang dengan dosa.Itulah manusia, yg bersifat an-nisyan(sifat lupa).Fitrah manusia sering lupa dan memerlukan kepada peringatan untuk menjadi lebih baik walaupun bukanlah yg terbaik.
Secara logically, dengan saling mengingatkan , komunikasi lebih sering terjadi,hungan silaturrahim lebih erat.Tak gituh? Hehe..tapi awas, kalau byk komunikasi yg mcm mencarut, mengumpat tu bukan benda baik eh?

Betulkkan?

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (QS Adz Dzaariyaat [51]: 55).
Ayat yg diturunkan Allah untuk beritahu manusia bahawa pesan memesan tiu sangat crucial utk manusia.Justeru, istiqomahlah kita dalam membri peringatan kerana ia salah satu ciri-ciri orang beriman.Aamiin, moga di kalangan merak yang beriman J

Selain itu,aku juga sering mendengar peringatan di bawah:

‘Sebaik-baik peringatan adalah mati’

Ya Allah, sikit sungguh amalan yg aku ada. Aku tak kuat ya Allah untuk menanggung azabMu, tapi aku sedar, siapalah aku untuk ke syurgaMu :’(
Moga-moga Engkau terima amalanku selama ini ya Allah.



Tuesday, 25 August 2015

bukan tak minat tapi....

Ayah:Alia tak minat ke jadi penulis?
Soal ayah kepadaku suatu hari.
Aku pelik. “Alia minat ayah, tapi nak jadi penulis buku kena istiqomah ayah, Alia tak yakin nak fokus setiap masa.Kalau setakat macam blog, Alia ada buat blog dah. Itupun tak selalu Alia menulis, sebab tengok mood.”Panjang lebar aku jawab, ayah hanya mengangguk.Faham barangkali.

Assalamualaikum.
Lately, aku tengok ramai yg sudah mula minat dalam bidang penulisan.Macam-macam ada dari puisi, cerpen,buku tarbiyyah , motivasi dan banyak lagi.
Sebenarnya aku kagum dengan penulis-penulis muda yang wujud kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Banyak yang pandai mengarang dan kualiti penulisan pun memang memberi kesan kepada pembaca.Aku lihat kesan itu.Banyak feed back positif yang diberikan pembaca.Komen-komen positif yang juga kadang kala dibalas dengan puisi.Hehe, seperti puisi yg dibaca semula yang dikarang oleh para penulis.
Aku mula menunjukkan gemarku dalam menulis sejak kecil.Sebenarnya ia bermula secara tidak langsung kerana aku memang ‘gila’ membaca.Ayah selalu belikan buku sebab tahu sifat minat anaknya yang satu ini.Adik aku ada dua orang.Seorang laki, seorang perempuan.Yang perempuan bawah aku 5 tahun, yang laki bawah aku 7 tahun.Jauh juga kiranya jarak antara umur aku dengan adik-adik aku .
Adik perempuan aku tiada minat dalam membaca.Boleh kira berapa minit dia membaca, pasti akan tertidur .hehe..Yang adik bongsu laki memang minat membaca dan kebanyakan buku yang dia baca semuanya tentang pahlawan-pahlawan Islam atau pemimpin yang memberi nama besar dalam sejarah.Pada aku, dia mempunyai ingatan yang kuat.Bagi dia,membaca itu seperti hobi dia di waktu lapang yang sentiasa bermain bola.Kadang-kadang Nampak dia main bola selalu, bila Tanya, pasal buku ,dia jawab, dah baca.Terfikir juga kadang-kadang, dia dah baca, bila? Tak Nampak pun?
Ok la. Stop cerita pasal adik-adik aku.Jangan salah faham, aku bukan anak sulong. Hehe..Aku anak tengah, ada abang-abang dan kakak.Tapi mereka masing-masing dah ada kerja atau karier masing-masing.So, yang adik-adik ni je yang aku selalu aku perhatikan.
Dulu masa zaman sekolah menengah, aku minat menulis dekat buku-buku conteng.Maklumlah buku lebih-lebih dari tahun-tahun sebelum tu banyak tak habis pakai.Di situlah aku coret ape-ape luahan, kadang-kadang lirik lagu but mostly nasyid la sebab aku ni dalam kelas dkenali sebagai radio.Macam-macam nasyid aku hafaz..haha(self-praised eh?)Nak masuk nasyid forbidden sebab suara kan aurat. Tapi tula kan,kalau da menulis kat buku, entah mana la sekarang buku tu.Tapi in shaa Allah,aku cuma tulis yg baik-baik sahaja.
Di sekolah, Cikgu Mohammad, guru motivasi yg mengasaskan Kelab Remaja Sukses  juga sering memberi inspirasi untuk menjadi seorang yg berjaya.Banyak buku yg diberikan kepada anak muridnya.
Pernah sekali, cikgu membeli buku-buku.Diletakkannya di bahagian belakang tempat duduk.Cikgu kata,'ambil buku itu, baca.'
"eh? yeke cikgu? boleh ambil? kami bayar kemudian ya?kataku dan kawan-kawan sepakat.
'Boleh'jawab cikgu.Aku suka sangat, haha.mestilah dapat buku dari guru sukses( gelaran cikgu di sekolah)
Inilah buku motivasi yg dimaksdkan, karangan Dr. Ibrahim El-Fiky

Nak try karang puisi la,kalau mcm ok ke tak ok ke, komen sikit boleh? JJ


Tajuk:Aku Cuba Yang Terbaik
Dengan nama Allah aku mulai,
Memulakan tinta yang sering kaku di jari,
Mencuba berkongsi sesuatu dari hati,
Seringkali rasa was-was menemani,
Adakah aku sudah cukup suci,
Persetankan kata-kata itu kini,
Aku akan mencuba mnjadi diri,
Kerana yang terbaik sentiasa diimpi.

Sebuah video by Danang A.Prabowo yang memberi makna buat saya ingin saya kongsikan buat kalian para pembaca ^_^

Wassalam, moga Allah mendengar setiap doa kita.Doakan semoga kita sama-sama jadi lebih baik dari semalam dan sebelumnya J

Saturday, 20 June 2015

Apa hikmah Ramadhan ??

Assalamualaikumwarahmatullah^_^
Ya Allah , sudah hampir setahun takde update or share anything di laman blog. Hurm, takde la busy mane pun.hehehe..such a lazy girl :P
Let’s proceed or let by gone be by gone dan kata-kata arab yang berbunyi  "ما مضى قد مضى "yg bermaksud yang lepas, biarkan ia lepas.Harap-harap diri ini akan lebih rajin untuk update blog ini. AMIIIN..;)

                  Ramadhan tiba, ramadhan tiba 
,,marhaban ya Ramadhan …
Bersyukurlah ke hadrat Allah, kita masih lagi berpeluang ditemukan dengan Ramadhan tahun ini.Alhamdulillah, syukur
Syukurlah kita masih ditemukan untuk bertemu di bulan Ramadhan yang mulia ini .^_^


Seperti yang kita sedia maklum,bulan ini adalah satu bulan yang mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan penuh hanya golongan tertentu sahaja yang diberikan keizinan untuk tidak berpuasa.
Bagi yang tiada sebarang keuzuran, wajib, wajib, wajib, berpuasa.Faham ?!
Antara hikmah kita berpuasa yang kita tidak perasaan sebab yang kita tahu, kita fikirkan, kita ambil berat ialah tidak makan tidak minum dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari.Then, start la tidur je atau mengeluh sebab penat and so on, so on…
Aduhh…ruginya orang yang tak ambil tahu, cakna atau up to date dengan hikmah yang Allah jadikan dari bulan Ramadhan ini. RUGI!!!!


Ramadhan Bulan Diturunkannya Al-Qur'an

Ramadhan merupakan syahrul Quran (bulan Al-Quran). Diturunkannya Al-

Quran pada bulan Ramadhan menjadi bukti nyata atas kemuliaan dan

 keutamaan bulan Ramadhan. Allah Swt berfirman yang ertinya : "Bulan

 Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai

petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan petunjuk tersebut dan

 pembeda (antara yang benar dan yang batil)." (QS. Al-Baqarah: 185).
 

Di ayat lain Allah Swt berfirman yang ertinya : "Sesungguhnya Kami telah

 menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar” (QS. Al-Qadar: 1). Dan banyak

 ayat lainnya yang menerangkan bahwa Al-Quran diturunkan pada bulan

Ramadhan. Itu sebabnya bulan Ramadhan dikenali dengan nama syahrul 

quran (bulan Al-Quran).
 

Pada setiap bulan Ramadhan pula Rasulullah SAW selalu bertadarus

 (berinteraksi) dengan Al-Quran dengan Jibril as, sebagaimana disebutkan

 dalam riwayat Ibnu Abbas r.a (HR. Bukhari). Maka, pada bulan Ramadhan ini

 kita digalakkan untuk memperbanyak amalan ibadah antara lain dengan

 berinteraksi dengan Al-Quran, dengan cara membacanya, memahami dan

 mentadabburi maknanya, menghafal dan mempelajarinya, serta

 mengamalkannya.


Malam Lailatul Qodar


Kemuliaan bulan ramadhan salah satunya adalah dengan hadirnya malam penuh

 kemuliaan dan keberkatan di salah satu malam pada malam-malam terakhir dan

 ganjil di bulan ramadhan iaitu malam lailatul qodar. Pada bulan ramadhan

 terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu lailatul qadar

 (malam kemuliaan). Pada malam inilah iaitu 10 hari terakhir di bulan Ramadhan

 adalah saat diturunkannya Al Qur’anul Karim.

Allah Ta’ala berfirman yang ertinya :"Sesungguhnya Kami telah

 menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah

 kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu

 bulan." (QS. Al Qadr: 1-3).

Dan inilah yang masuk dalam bagian keutamaan 10 hari terakhir ramadhan dan

 lailatul qodar. Lailatul Qadar adalah malam yang agung. Malam penuh

 kemuliaan. Ibadah di dalamnya lebih baik daripada ibadah selama seribu bulan.

 Siapa yang mendapatkan kemuliaannya sungguh ia manusia beruntung dan

 dirahmati. Sebaliknya, siapa yang luput dari kebaikan di dalamnya, sungguh ia

 termasuk manusia kerugian.


Banyak lagi sebenarnya hikmah yg Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya daripada bulan Ramadhan, tapi saya rasa setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Sama-sama kita mengambil pengajaran ;D