Tuesday, 25 August 2015

bukan tak minat tapi....

Ayah:Alia tak minat ke jadi penulis?
Soal ayah kepadaku suatu hari.
Aku pelik. “Alia minat ayah, tapi nak jadi penulis buku kena istiqomah ayah, Alia tak yakin nak fokus setiap masa.Kalau setakat macam blog, Alia ada buat blog dah. Itupun tak selalu Alia menulis, sebab tengok mood.”Panjang lebar aku jawab, ayah hanya mengangguk.Faham barangkali.

Assalamualaikum.
Lately, aku tengok ramai yg sudah mula minat dalam bidang penulisan.Macam-macam ada dari puisi, cerpen,buku tarbiyyah , motivasi dan banyak lagi.
Sebenarnya aku kagum dengan penulis-penulis muda yang wujud kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Banyak yang pandai mengarang dan kualiti penulisan pun memang memberi kesan kepada pembaca.Aku lihat kesan itu.Banyak feed back positif yang diberikan pembaca.Komen-komen positif yang juga kadang kala dibalas dengan puisi.Hehe, seperti puisi yg dibaca semula yang dikarang oleh para penulis.
Aku mula menunjukkan gemarku dalam menulis sejak kecil.Sebenarnya ia bermula secara tidak langsung kerana aku memang ‘gila’ membaca.Ayah selalu belikan buku sebab tahu sifat minat anaknya yang satu ini.Adik aku ada dua orang.Seorang laki, seorang perempuan.Yang perempuan bawah aku 5 tahun, yang laki bawah aku 7 tahun.Jauh juga kiranya jarak antara umur aku dengan adik-adik aku .
Adik perempuan aku tiada minat dalam membaca.Boleh kira berapa minit dia membaca, pasti akan tertidur .hehe..Yang adik bongsu laki memang minat membaca dan kebanyakan buku yang dia baca semuanya tentang pahlawan-pahlawan Islam atau pemimpin yang memberi nama besar dalam sejarah.Pada aku, dia mempunyai ingatan yang kuat.Bagi dia,membaca itu seperti hobi dia di waktu lapang yang sentiasa bermain bola.Kadang-kadang Nampak dia main bola selalu, bila Tanya, pasal buku ,dia jawab, dah baca.Terfikir juga kadang-kadang, dia dah baca, bila? Tak Nampak pun?
Ok la. Stop cerita pasal adik-adik aku.Jangan salah faham, aku bukan anak sulong. Hehe..Aku anak tengah, ada abang-abang dan kakak.Tapi mereka masing-masing dah ada kerja atau karier masing-masing.So, yang adik-adik ni je yang aku selalu aku perhatikan.
Dulu masa zaman sekolah menengah, aku minat menulis dekat buku-buku conteng.Maklumlah buku lebih-lebih dari tahun-tahun sebelum tu banyak tak habis pakai.Di situlah aku coret ape-ape luahan, kadang-kadang lirik lagu but mostly nasyid la sebab aku ni dalam kelas dkenali sebagai radio.Macam-macam nasyid aku hafaz..haha(self-praised eh?)Nak masuk nasyid forbidden sebab suara kan aurat. Tapi tula kan,kalau da menulis kat buku, entah mana la sekarang buku tu.Tapi in shaa Allah,aku cuma tulis yg baik-baik sahaja.
Di sekolah, Cikgu Mohammad, guru motivasi yg mengasaskan Kelab Remaja Sukses  juga sering memberi inspirasi untuk menjadi seorang yg berjaya.Banyak buku yg diberikan kepada anak muridnya.
Pernah sekali, cikgu membeli buku-buku.Diletakkannya di bahagian belakang tempat duduk.Cikgu kata,'ambil buku itu, baca.'
"eh? yeke cikgu? boleh ambil? kami bayar kemudian ya?kataku dan kawan-kawan sepakat.
'Boleh'jawab cikgu.Aku suka sangat, haha.mestilah dapat buku dari guru sukses( gelaran cikgu di sekolah)
Inilah buku motivasi yg dimaksdkan, karangan Dr. Ibrahim El-Fiky

Nak try karang puisi la,kalau mcm ok ke tak ok ke, komen sikit boleh? JJ


Tajuk:Aku Cuba Yang Terbaik
Dengan nama Allah aku mulai,
Memulakan tinta yang sering kaku di jari,
Mencuba berkongsi sesuatu dari hati,
Seringkali rasa was-was menemani,
Adakah aku sudah cukup suci,
Persetankan kata-kata itu kini,
Aku akan mencuba mnjadi diri,
Kerana yang terbaik sentiasa diimpi.

Sebuah video by Danang A.Prabowo yang memberi makna buat saya ingin saya kongsikan buat kalian para pembaca ^_^

Wassalam, moga Allah mendengar setiap doa kita.Doakan semoga kita sama-sama jadi lebih baik dari semalam dan sebelumnya J

No comments:

Post a Comment