Saturday, 29 August 2015

waktu lampu rosak..

Assalamualaikum.
Kali ni aku ada satu cerita pasal gelap.Hehe..aku teringat video Matlutfi pasal lampu tandas rosak..same goes to me ,lebih kurang jugakla tapi yang aku nak share pasal benda tu aku dah tahu, tapi aku asyik buat salah yang sama banyak kali jugak.Huhu.

Analogi seperti berikut:
Waktu pagi aku pergi toilet, dalam hati dah tahu lampu bilik air tak nyala, tapi tetap tekan suis lampu.Sah-sahla tak nyala sbb lampu rosak.Hati aku berbunyi “hishh, dah tau rosak apesal pegi tekan” so, aku tutup balik.

Bila nak maghrib, mandi of coursela kan badan dah busuk walaupun terperap je kat rumah takde gi mane-mane. As usual,dalam hati dah tahu lampu bilik air tak nyala, tapi tetap tekan suis lampu.Aihh. ya Allah rosak la..
Dan situasi di atas kerap berulang, kadang-kadang sampai dua tiga hari(tengok jgak kalau ayah da betulkan, sehari je)..hehe..
As a result, aku yg berfikiran normal seperti manusia ciptaan Allah terfikir.Situasi mcm ni takda de beza dgn situasi manusia-manusia hari bagi aku.
Setiap hari disajikan dgn peringatan di kaca tv, radio, laman sesawang, dari program-program tazkirah, ceramah namun sering sahaja manusia  tewas dengan ujian-ujian dunia.Walau orang awam diperingatkan oleh para alim, agamawan atau ahli keluarga sendiri tetap tidak pernah lekang dengan dosa.Itulah manusia, yg bersifat an-nisyan(sifat lupa).Fitrah manusia sering lupa dan memerlukan kepada peringatan untuk menjadi lebih baik walaupun bukanlah yg terbaik.
Secara logically, dengan saling mengingatkan , komunikasi lebih sering terjadi,hungan silaturrahim lebih erat.Tak gituh? Hehe..tapi awas, kalau byk komunikasi yg mcm mencarut, mengumpat tu bukan benda baik eh?

Betulkkan?

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (QS Adz Dzaariyaat [51]: 55).
Ayat yg diturunkan Allah untuk beritahu manusia bahawa pesan memesan tiu sangat crucial utk manusia.Justeru, istiqomahlah kita dalam membri peringatan kerana ia salah satu ciri-ciri orang beriman.Aamiin, moga di kalangan merak yang beriman J

Selain itu,aku juga sering mendengar peringatan di bawah:

‘Sebaik-baik peringatan adalah mati’

Ya Allah, sikit sungguh amalan yg aku ada. Aku tak kuat ya Allah untuk menanggung azabMu, tapi aku sedar, siapalah aku untuk ke syurgaMu :’(
Moga-moga Engkau terima amalanku selama ini ya Allah.



No comments:

Post a Comment