Assalamualaikum.
Kali ni aku ada satu cerita pasal gelap.Hehe..aku
teringat video Matlutfi pasal lampu tandas rosak..same goes to me ,lebih kurang
jugakla tapi yang aku nak share pasal benda tu aku dah tahu, tapi aku asyik
buat salah yang sama banyak kali jugak.Huhu.
Analogi seperti berikut:
Waktu pagi aku pergi toilet, dalam hati dah tahu lampu
bilik air tak nyala, tapi tetap tekan suis lampu.Sah-sahla tak nyala sbb lampu
rosak.Hati aku berbunyi “hishh, dah tau rosak apesal pegi tekan” so, aku tutup
balik.
Bila nak maghrib, mandi of coursela kan badan dah
busuk walaupun terperap je kat rumah takde gi mane-mane. As usual,dalam hati
dah tahu lampu bilik air tak nyala, tapi tetap tekan suis lampu.Aihh. ya Allah
rosak la..
Dan situasi di atas kerap berulang, kadang-kadang
sampai dua tiga hari(tengok jgak kalau ayah da betulkan, sehari je)..hehe..
As a result, aku yg berfikiran normal seperti manusia
ciptaan Allah terfikir.Situasi mcm ni takda de beza dgn situasi manusia-manusia
hari bagi aku.
Setiap hari disajikan dgn peringatan di kaca tv,
radio, laman sesawang, dari program-program tazkirah, ceramah namun sering
sahaja manusia tewas dengan ujian-ujian
dunia.Walau orang awam diperingatkan oleh para alim, agamawan atau ahli
keluarga sendiri tetap tidak pernah lekang dengan dosa.Itulah manusia, yg
bersifat an-nisyan(sifat lupa).Fitrah manusia sering lupa dan memerlukan kepada
peringatan untuk menjadi lebih baik walaupun bukanlah yg terbaik.
Secara logically, dengan saling mengingatkan ,
komunikasi lebih sering terjadi,hungan silaturrahim lebih erat.Tak gituh? Hehe..tapi
awas, kalau byk komunikasi yg mcm mencarut, mengumpat tu bukan benda baik eh?
Betulkkan?
وَذَكِّرْ
فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan tetaplah
memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi
orang-orang yang beriman” (QS Adz Dzaariyaat [51]: 55).
Ayat
yg diturunkan Allah untuk beritahu manusia bahawa pesan memesan tiu sangat
crucial utk manusia.Justeru, istiqomahlah kita dalam membri peringatan kerana
ia salah satu ciri-ciri orang beriman.Aamiin, moga di kalangan merak yang
beriman J
Selain
itu,aku juga sering mendengar peringatan di bawah:
‘Sebaik-baik peringatan adalah mati’
Ya Allah, sikit sungguh amalan yg aku ada. Aku tak
kuat ya Allah untuk menanggung azabMu, tapi aku sedar, siapalah aku untuk ke
syurgaMu :’(
Moga-moga Engkau terima amalanku selama ini ya Allah.

