Assalamualaikum
sahabat fillah ??
Apa khabar
iman dan diri anda ?
Alhamdulillah,
dapat lagi kita bersua untuk mendapatkan suatu perkongsian baru ….^^
Petua Rambut Cantik Dengan Ciptaan Allah
Subhanahu Wataala
itulah topik yang saya
dedahkan pada pos kali ini, kerana semua orang pasti menginginkan rambut yang
cantik dan sihat. Masalah rambut gugur,bercabang atau berkelemumur merupakan
antara masalah rambut yang sinonim berlaku. Sejujurnya, terdapat pelbahai jenis
masalah rambut yang menghantui diri kita .oleh itu,pelbagai produk penjagaan
rambut kita masih tidak dapat diselesaikan.
Justeru itu, cara tradisional mula menjadi
pilihan.Di samping murah ,mudah dan tidak mempunyai bahan kimia ,cara
tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami
hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling meyakinkan kehalalannya kerana kita
yang menyediakannya sendiri. Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan
sihat:
PETUA 1:: MENGELAKKAN RAMBUT GUGUR::
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau
mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan
cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. In shaa Allah pasti
membuahkan hasil.Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya
pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala .Ini dapat mengelakkan
rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.
PETUA 2:: ELAK RAMBUT GUGUR-RAMBUT LEMBUT DAN HARUM::
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas . Masukkan beberapa
kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi.
Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
PETUA 3:: RAMBUT BERMINYAK::
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam
dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannnya dua kali seminngu .In shaa Allah
masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.
PETUA 4:: MASALAH RAMBUT KERING::
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini.
Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut
menggunakan jari.Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan
dalam 20 minit dan bersihkan.
Alhamdulillah,,
gembira rasanya dapat berkongsi petua-petua bersama kalian ..
Moga ada hasil yang positif ya !!
In Shaa Alllah...













